Home » » REMAJA INGGERIS BERDUYUNG-DUYUNG MEMELUK ISLAM

REMAJA INGGERIS BERDUYUNG-DUYUNG MEMELUK ISLAM

Written By Suatu Perjalanan Maya on Sunday, April 14, 2013 | 11:20 AM




LONDON - Menurut kajian terbaru, di Inggeris, selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, Al-Jazeera melaporkan.

Jumlah mualaf sangat terlihat di dalam penjara, dan jumlah remaja yang masuk Islam di sekolah, seperti dilansir KC pada Sabtu (30/3/2013).

Koresponden Al-Jazeera mengunjungi beberapa masjid dan pusat Islam di London dan mendapati bahawa diantara sejumlah mualaf terdapat begitu banyak remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.

Koresponden tersebut berbicara dengan Alexandra (12), putri dari Lauren Booth, yang merupakan adik ipar mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Gadis itu mengatakan bahawa memeluk Islam telah mengubah ibunya dan dia memutuskan untuk mengikuti teladan sang Ibu juga. Alexandra menjadi Muslim pada Ramadhan lalu.

Perlu diingat bahawa setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam. Hal ini juga dilaporkan oleh presenter dan wartawan TV di London, Christian Backer, menurut BNews.kz.

"Di Britain, lima ribu warga Britain dalam setahun masuk Islam. Di negara-negara Eropah yang lain juga dilaporkan angka-angka serupa. Uniknya, sebahagian besar mualaf adalah perempuan kulit putih, kelas menengah, dan kaum terpelajar. Mereka semua bersetuju bahawa Islam adalah agama yang benar, yang memberi mereka nilai, cara hidup yang tidak mereka dapati dalam peradaban Barat, nilai-nilai tradisional dan peranan perempuan, yang dalam peradaban Barat sebahagian besar telah lenyap, "katanya.
Share this article :

+ comments + 1 comments

July 24, 2013 at 2:11 AM

Hebat. Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan. Jika sesiapa yang mempunyai masalah tulang atau kedua ibu bapa kita bermasalah sendi dan lutut, dapatkan perawatan tulang di sini http://tinyurl.com/rawatan-tulang.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger